Tuesday, February 28, 2006

1 Mac 2006 (Renungan 7)

Pada hari Isnin, cikgu mengadakan ujian CA2 iaitu ujian bahasa. Kefahamannya sangat susah kerana ia ada soalan yang bermarkah 4 dan 6. Kalau saya tidak jawab soalan berikut dengan betul, saya boleh gagal ujian itu. Saya harap saya akan mendapat sekurang-kurangnya c5 untuk ujian itu. Hari ini kami akan membuat bod cerita kami.

Thursday, February 23, 2006

24 Febuari 2006 (Renungan 6)

Pada hari Isnin, Cikgu Filza tidak datang ke sekolah. Cikgu Zubaidah yang datang untuk menggantikan cikgu kami. Kami membuat kerja masing-masing kerana cikgu Zuariah tidak membenarkan kami menggunakan makmal komputer dengan kelasnya. Pada hari Rabu, saya tidak ke sekolah kerana saya ada sakit tekak dan hidung saya sumbat. Saya rasa lemah untuk ke sekolah dan saya ke doktor untuk mengambil MC. Hari ini kami mahu mencari maklumat dan membuat bod cerita.

Tuesday, February 14, 2006

15 Febuari 2006 (Renungan 5)

Pada minggu ini, saya tidak datang pada hari isnin kerana saya sakit. Kami mahu melaksanakan projek kami supaya kami boleh menyelesaikan projek kami pada waktu yang tertentu. Pada minggu ini sangat sibuk kerana minggu depan ada ujian seluruh menengah 3. Saya harap saya akan mendapat markah yang tinggi supaya ia boleh menarikan overall saya.
12 Febuari 2006 (Renungan 4)

Pada hari selasa yang lepas, saya mengambil ujian bahasa melayu di dalam makmal komputer. Saya mendapati 16/30 untuk ujian itu. Saya sangat sedih kerana saya mahu mendapat markah yang lebih banyak. Kami melaksanakan kerja macam biasa dan kami di beri Bod Cerita untuk mengasingkan slid powerpoint kami.

Sunday, February 05, 2006

5 Febuari 2006 (Renungan 3)

Pada jumaat yang lepas, kami tidak ke makmal komputer. Kami belajar di kelas sahaja. Cikgu mahu mengulang topik tentang surat kiriman. Cikgu telah mengajar balik apa yang telah diajar pada menengah dua tetapi dia mengajar lebih mendalam tentang pendahuluan, isi perenggan dan penutup. Kita menggunakan dua masa untuk melaksanakan kerja ini. Selepas itu, masa melayu pun dah habis dan kami pergi ke kelas masing-masing.
19 Januari 2006 (Renungan 1)

Pada hari Isnin, kami telah pergi ke makmal komputer untuk melungsuri beberapa lelaman tentang budaya Melayu tradisional. Saya mencari maklumat tentang alat muzik tradisional, seni tulis tradisional dan permainan Melayu tradisional. Tetapi saya tidak boleh mencari banyak informasi kerana saya tiada komputer untik digunakan. Kumpulan saya memilih permainan Melayu tradisional kerana kami mahu tahu dengan lebih mendalam tentang permainan tradisional masyarakat melayu seperti congkak, wau dan banyak lagi. Saya harap saya selesa dengan topik ini tetapi saya akan cuba sedaya upaya untuk melaksanakan projek ini walaupun topiknya sedikit membosankan.